Ahad, 14 November 2010
Ahad, 24 Oktober 2010
e-Penyata Gaji - Semakan dan Dapatkan Penyata Gaji anda Secara Online
Mulai bulan Oktober, anda boleh mendapatkan e-Penyata gaji bulanan atau tahunan secara atas talian on-line. Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Akaun Negara atas talian URL : http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
Pengguna pertama kali, perlu mendaftar di ruang ( Pertama Kali Mendaftar)
Isikan maklumat yang diminta. Pastikan anda ingat kata laluan.
Kemudian masuk ke Daftar Masuk, Isikan no IC dan kata laluan. Anda akan lihat paparan seperti di atas.
Anda boleh mencetak Penyata Gaji.
Selamat Mencuba...
Ilustrasi gambar di ambil dari web :www.sktl.edu.my
Pengguna pertama kali, perlu mendaftar di ruang ( Pertama Kali Mendaftar)
Isikan maklumat yang diminta. Pastikan anda ingat kata laluan.
Kemudian masuk ke Daftar Masuk, Isikan no IC dan kata laluan. Anda akan lihat paparan seperti di atas.
Anda boleh mencetak Penyata Gaji.
Selamat Mencuba...
Ilustrasi gambar di ambil dari web :www.sktl.edu.my
Sabtu, 9 Oktober 2010
UPSR dikekalkan dengan penambahbaikan.
UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin
2010/10/09
SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
Berita dipetik dari BeritaHarian Online.
Ahad, 19 September 2010
UPSR 2010
KAMI MENDOAKAN SEMUA CALON UPSR SK KAMPONG BAHARU
BERJAYA MENJAWAB UPSR 2010
BERJAYA MENJAWAB UPSR 2010
JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2010
Selasa, 21 Sept 2010 = 8.15 pagi - 9.05 pagi : BM (pemahaman) 50 minit
9.45 pagi - 11.00 pagi : BM (penulisan) 1 Jam 15 Minit
11.45 pagi - 12.25 t/hari : Matematik ( Kertas 2) 40 minit
Rabu, 22 Sept 2010 = 8.15 pagi - 9.15 pagi : Matematik (kertas 1) 1 jam
Khamis, 23 Sept 2010 = 8.15 pagi - 9.30 pagi : Sains 1 jam 15 minit
10.15 pagi - 11.05 pagi : BI ( Kertas 1) 50 minit
11.45 pagi - 1.00 petang : BI (kertas 2) 1 jam 15 minit
02.15 petang - 3.45 petang : Ujian Aptitud 1 jam 30 minit
Jumaat, 17 September 2010
Isnin, 6 September 2010
Selasa, 31 Ogos 2010
PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KPPM 2010
PERUTUSAN
Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
KE-53 TAHUN 2010
Bismillahirahmanirrahim,Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
KE-53 TAHUN 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sempena Hari Kemerdekaan ke-53, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat menyambut hari kemerdekaan. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia: Menjana Transformasi. Maka perpaduan kaum adalah penting untuk membina sebuah negara bangsa yang aman dan sejahtera. Perpaduan yang kita kecapi ini tidak ternilai harganya bagi memastikan pembangunan modal insan yang kamil dan seimbang. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha melaksanakan transformasi kurikulum kebangsaan yang menuntut guru-guru menyesuaikan diri dengan perubahan baharu itu bagi merealisasikan hasrat murni tersebut. Transformasi kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan berketerampilan dalam apa-apa bidang sekalipun demi pembangunan bangsa dan negara. Kelahiran modal insan yang cemerlang menuntut kerjasama dan persefahaman antara pendidik dengan anak didik. Oleh hal yang demikian, guru selaku pendidik yang berwibawa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini. Anak didik pula perlu lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Kecemerlangan yang kita raih berupaya melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama yang dapat meneruskan kegemilangan bangsa setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merupakan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Sesungguhnya dasar pendidikan negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk
melahirkan insan yang kamil dan seimbang. Justeru dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara pada masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia. Oleh itu, murid-murid perlulah berusaha untuk menjadi pelajar yang mampu menghadapi cabaran transformasi ini. Seterusnya YAB Perdana Menteri Malaysia menjadikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam bidang yang terkandung dalam NKRA. Pengenalan NKRA Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini yang meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar . Dengan langkah ini, sistem pendidikan di negara kita akan terus berkembang dan memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Seperkara lagi, pada akhir tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah, memperbanyak sekolah berprestasi tinggi dan memperkenalkan tawaran baru (bai’ah) kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Program LINUS dilaksanakan dengan membawa niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan yang diberikan menerusi sistem sedia ada mampu menjadikan kanak-kanak di negara ini, menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam tempoh tiga tahun selepas memasuki gerbang persekolahan sekolah rendah.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
Sebagai pewaris kepimpinan negara, murid-murid perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada gejala sosial. Murid-murid perlu berfikiran positif dan memperkasakan jati diri bagi menjamin kecemerlangan hidup pada masa depan. Justeru, peranan guru adalah untuk memastikan murid-murid berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri terpuji. Keunggulan diri murid-murid ini dapat menghindarkan murid-murid daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Di samping itu, semangat patriotik juga mesti dipupuk sejak murid-murid di sekolah rendah lagi. Saya berharap agar perpaduan kaum dapat disemai dalam jiwa anak didik kita melalui bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, kita perlu memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa pakaian bangsa. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bertitik tolak daripada hal tersebut, kita perlu bekerja keras bagi mempersadakan bahasa Melayu ke mercu dunia. Pencapaian yang cemerlang oleh murid-murid memerlukan pembacaan yang luas. Membaca jambatan ilmu, maka murid-murid perlu memupuk sikap suka membaca pada diri masing-masing kerana bangsa membaca, bangsa berjaya. Hal ini bermakna guru selaku pendidik juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mempunyai pemikiran yang kreatif serta inovatif. Sebagai guru, mereka berupaya menterjemah idea di sebalik transformasi kurikulum nasional bergagaskan konsep 1Malaysia kepada amalan pengajaran yang lebih bermakna di kelas agar anak didik berada dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Menyedari minat membaca murid semakin bertambah, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kem Membaca 1Malaysia sebagai kesinambungan program NILAM yang dijalankan dengan bermatlamat memupuk semangat membaca bagi melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan dinamik. Kerajaan mahu merealisasikan hasrat negara sebagai negara maju seiring dengan pembangunan minda masyarakatnya tanpa mengira kaum dan geografi tempat tinggal mereka.
Secara umumnya dalam pendidikan rendah dan menengah, bidang pendidikan mencakupi kurikulum dan kokurikulum amat penting dan mestilah seiring bagi mengembangkan idea dan pemikiran pelajar. Badan yang cergas dan otak yang cerdas, memerlukan kepintaran intelek, kebolehan memimpin, bekerjasama dan sabar menghadapi cabaran hidup. Seterusnya aktiviti kokurikulum ini memberikan peluang kepada pelajar untuk terus bergiat dalam sukan dan sememangnya ini menyumbang 10 peratus untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar sekolah menengah dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sekolah rendah. Usaha ini dapat mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid apabila mereka aktif bersukan.
Warga sekolah yang dikasihi,
Pendidikan alam sekitar merupakan tanggungjawab guru dalam melahirkan murid yang cinta akan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kemerdekaan yang kita kecapi tidak akan sempurna sekiranya alam sekitar tercemar. Oleh itu, guru haruslah memikul amanah bagi melahirkan murid yang cinta akan alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka merupakan aset negara pada masa hadapan. Maka didiklah mereka untuk mencintai alam sekitar yang semakin tercemar supaya kita terhindar daripada bencana alam. Kita perlu bersama-sama berusaha untuk memelihara alam ciptaan Tuhan supaya menjadi warisan untuk generasi akan datang. Tema 1Malaysia: Menjana Transformasi diharapkan menjadi penyemarak semangat kepada semua warga pendidik dan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan dapat mengeratkan hubungan antara kaum, bagai aur dengan tebing. Maka kerjasama dan sikap saling menghormati antara semua kaum di Malaysia perlu dikekalkan supaya negara akan sentiasa aman, damai dan harmoni.
Marilah kita bersama-sama menghayati tema kemerdekaan dengan penuh kesedaran demi negara kita yang tercinta. Saya berdoa agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi akan berterusan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE- 53.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Putrajaya 31 Ogos 2010
Isnin, 30 Ogos 2010
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SKKB 2010
Ahad, 29 Ogos 2010
Bengkel Kepimpinan Pengawas Sekolah
Khamis, 26 Ogos 2010
Kad Raya SKKB 2010
Selasa, 24 Ogos 2010
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Jumaat, 20 Ogos 2010
Warga SKKB 2010
Rabu, 18 Ogos 2010
DATA MURID
Untuk makluman semua, data sekolah adalah sulit, namun segala yang dipaparkan adalah maklumat asas.
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
DASAR / PIAGAM PELANGGAN SK KAMPONG BAHARU
WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU , SABAK BERNAM , SELANGOR SENTIASA BERSEDIA DAN MELAKSANAKAN DASAR DAN WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA DENGAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG .
Isnin, 5 April 2010
LOKASI
SK Kg. Baharu terletak di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor atau lebih terperinci lagi di dalam kawasan Kampung Baharu, Sabak Bernam. Jarak daripada pekan Sabak Bernam dianggarkan sejauh 6 kilometer. Ianya terletak berhampiran dengan Sg. Bernam. Antara sekolah-sekolah berhampiran ialah SK Tjg. Jawa, SJK(T) Ladang Sg. Bernam, SK Tebuk Jawa dan SK Batu 38.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu ditubuhkan dalam tahun 1904 berhampiran Sungai Bernam kerana sungai merupakan perhubungan utama ketika itu . Pada ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Umum Kampong Baharu iaitu sebuah sekolah rakyat dan dibina sendiri oleh orang ramai . Sekolah ini merupakan antara sekolah yang tertua di daerah Sabak Bernam .
SENARAI STAF
GURU, KAKITANGAN SOKONGAN DAN KAKITANGAN SWASTA SKKB 2010
SENARAI NAMA GURU SKKB 2010
GURU BESAR
KHALILLULLAH BIN HJ NAWAWI
GPK KURIKULUM
HAIRUDDIN BIN BAHARI
GPK HEM
SALINA BINTI MASUKIDAR
GPK KOKURIKULUM
ROHAYU BINTI BAKRI
GURU-GURU
ASMAH BINTI ITHNIN
JUNAIDAH BINTI ISMAIL
MOHD UZAINI BIN MAT JUSOH
MOHD RAZIF BIN ABDULLAH
YUHANIZA BINTI MOHD YUSOF
AISAH BT NGADNAN
SITI ZURAIHA BINTI DAHALAN
NOR AMALINA BINTI MUSA
NORADDURA BINTI MOHD AMIN
NORALINA BINTI URDI
MD SABRI BIN SANIKIN
KAMARIAH BINTI SULONG
SENARAI NAMA GURU SKKB 2010
GURU BESAR
KHALILLULLAH BIN HJ NAWAWI
GPK KURIKULUM
HAIRUDDIN BIN BAHARI
GPK HEM
SALINA BINTI MASUKIDAR
GPK KOKURIKULUM
ROHAYU BINTI BAKRI
GURU-GURU
ASMAH BINTI ITHNIN
JUNAIDAH BINTI ISMAIL
MOHD UZAINI BIN MAT JUSOH
MOHD RAZIF BIN ABDULLAH
YUHANIZA BINTI MOHD YUSOF
AISAH BT NGADNAN
SITI ZURAIHA BINTI DAHALAN
NOR AMALINA BINTI MUSA
NORADDURA BINTI MOHD AMIN
NORALINA BINTI URDI
MD SABRI BIN SANIKIN
KAMARIAH BINTI SULONG
Langgan:
Catatan (Atom)